Monday, February 24, 2014

Sabar.

Bila sebut pasal kesabaran. Aku akui, aku memang seorang yg panas baran. Namun, kesabaran tetap ada dalam diri aku. Tapi aku tak tahu betapa tingginya kesabaran aku. Mungkin kalau tengok dari segi attitude aku, orang takkan nampak dimana kesabaran aku. Tapi, aku tahu belum tentu semua orang boleh buat macam mana aku buat. Orang selalu cakap sabar ada hadnya. Orang yg nampak je akan tahu sabar aku tiada had sebenarnya. Dah banyak sangat pengalaman yg aku dapat. Takkan aku still nak biar apa yg pernah jadi dulu berulang lagi. Takkan aku nak biar orang perbodohkan aku untuk kali yg seterusnya. Mungkin ayat aku agak kasar, tapi aku tak nak biarkan hati aku disakiti disebabkan keputusan yg dibuat tanpa memikir kesan yg aku dapat. Dan ada juga fakta mengatakan, patah hati adalah sejenis penyakit yg boleh menyebabkan kematian, jika kita kerap patah hati lama2 kita akan mati gara2 hati tak boleh berfungsi. Tapi aku takda menyalahkan mana2 pihak kerana aku yg ambil risiko untuk bercinta dan berkawan dengan sapa yg aku nak. Apa pun yg jadi aku yg kena tangggung akibatnya. Disebabkan itu aku terlalu berhati2 dalam memilih pasangan dan juga kawan. Maaf kiranya aku ada menyakiti hati sape2, mungkin apa yg aku buat semua bersebab. Bukan senang nak jaga hati semua orang, dan bukan senang nak menipu hati sendiri. Aku hanya buat apa yg mampu, aku takkan boleh pakse hati aku untuk mana2 pihak tapi aku akan cuba menjaga sedikit sebanyak hati orang lain. Maaf atas kekurangan aku, aku mungkin tak perfect. Tapi aku akan cuba dan sentiasa cuba untuk jadi yg terbaik. 

No comments:

Post a Comment